Home Ekonomi Harga minyak global naik

Harga minyak global naik

Gambar hiasan

SINGAPURA – Harga minyak naik dalam dagangan hari ini, menjejaki keuntungan dalam ekuiti dengan para pelabur menaruh harapan terhadap perjanjian Brexit dicapai antara Britain dan Kesatuan Eropah serta isyarat dari OPEC dan sekutu-sekutunya bahawa pengurangan bekalan mungkin diteruskan.

Tetapi keuntungan dibatasi oleh kebimbangan mengenai kelembapan ekonomi global.

Penanda aras global niaga hadapan minyak mentah Brent naik AS$0.11 sen kepada AS$ 58.85 oleh 0103 GMT, naik kira-kira 0.2% dari penutupan hari sebelumnya.

Manakala minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) naik AS$0.10 sen atau 0.2% kepada AS$ 52.91 setong.

“Minyak mula menyaksikan kenaikan harga ditambah pula dengan penurunan dua risiko ke atas perang perdagangan Amerika Syarikat (AS) -China dan Brexit.

“Walaupun perjanjian perdagangan yang lebih luas tidak mungkin berlaku pada masa depan, risiko erang perdagangan AS.-China telah pudar,” kata Edward Moya, Penganalisis Pasaran OANDA New York. – MalaysiaGazette