Home Utama Norhizam buat kecoh lagi

Norhizam buat kecoh lagi

KUALA LUMPUR – Wakil rakyat DAP, Norhizam Hassan bikin kecoh lagi.

Kali ini video beliau yang juga salah seorang exco kerajaan Melaka dan sekumpulan pengikutnya ‘bertekak’ dengan polis telah tular di media sosial hari ini.

Kejadian itu dipercayai ketika Norhizam mahu melawat salah seorang daripada rakan exconya, G. Saminathan.

Ia dipercayai di Ibupejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur.

Ini beberapa perbualan yang dapat didengar dalam video berkenaan.

Polis : Ini kawasan larangan. Sebagai Exco kerajaan Negeri Melaka mewakili kerajaan Melaka kami nak tengok Exco kami (Sambinathan).

Polis: Tak boleh
.

Norhizam: Kami nak pergi kafeteria minum tak boleh?

Polis: Kat depan tu ada kedai minum
.

Norhizam: Kami nak minum kat kafeteria
.

Polis: Ambil gari, ambil gari.

Norhizam: Takda tempat menunggu ke kat dalam?

Rakaman video setakat itu sahaja dan belum ada kenyataan sama ada daripada Norhizam atau pihak polis berkenaan perkara itu.- MalaysiaGazette