Home Ekonomi Pertumbuhan global terjejas akibat perang perdagangan AS-China – IMF

Pertumbuhan global terjejas akibat perang perdagangan AS-China – IMF

Logo IMF

WASHINGTON – Perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China akan menjejaskan pertumbuhan global tahun ini kepada paras paling perlahan sejak krisis kewangan 2008-2009.

Bagaimanapun, Dana Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berkata, pengeluaran akan melantun semula jika tarif-tarif ditarik balik.

Dalam Tinjauan Unjuran Ekonomi Dunia terbitan terkini, IMF berkata, pertumbuhan Kadar Keluaran Dalam Negara Kasar 2019 adalah pada 0.3% berbanding 3.2% pada unjuran bulan Julai, disebabkan penurunan ketara dalam perdagangan global.

Unjuran itu dijangka menjadi agenda mesyuarat tahunan IMF dan Bank Dunia minggu ini di Washington, mesyuarat pertama untuk Pengarah Urusan IMF yang baharu, Kristalina Georgieva.

Beliau akan mewarisi pelbagai masalah, daripada perdagangan yang tidak stabil dan kekacauan di Ecuador hingga tindak balas politik di Argentina melalui program penjimatan yang dimandatkan kepada IMF.

Tanpa pelonggaran dasar monetari yang hampir serentak oleh bank pusat utama, Ketua Ekonomi IMF, Gita Gopinath berkata, pertumbuhan global akan menjadi setengah mata peratusan lebih rendah pada tahun 2019 – pada tahap 2.5%.

“Kelemahan pertumbuhan didorong oleh kemerosotan mendadak dalam aktiviti pengilangan dan perdagangan global, dengan tarif yang lebih tinggi dan ketidakpastian dasar perdagangan yang berpanjangan merosakkan pelaburan dan permintaan terhadap barangan modal,” kata Gopinath.

Menjelang tahun 2020, katanya, pengumuman tarif-tarif mengurangkan pengeluaran ekonomi global sebanyak 0.8% – yang diterjemahkan kepada kerugian kira-kira AS$ 700 bilion – bersamaan ekonomi Switzerland yang hilang.

Penurunan peringkat pertumbuhan mengandaikan bahawa semua pengumuman tarif AS. ke atas barang-barang China telah diambil kira.

Ia termasuk dengan 5 mata peratusan kenaikan duti AS. ke atas barangan China yang pada asalnya dijadualkan pada hari Selasa dan 10% tarif ke atas barangan China bernilai AS$ 156 bilion yang dijadualkan pada 15 Disember.

Sekiranya langkah-langkah tambahan ini dibatalkan sepenuhnya oleh perjanjian perdagangan AS.-China, kerugian KDNK global akan berkurangan kepada 0.6%, kata Gopinath.

Beliau menambah bahawa semua output akan melantun semula sebanyak 0.8% jika semua tarif AS. dan China dihapuskan.

Untuk 2020, IMF berkata, pertumbuhan global dijangka meningkat kepada 3.4% disebabkan jangkaan prestasi yang lebih baik di Brazil, Mexico, Rusia, Arab Saudi dan Turki.

Tetapi ramalan ini adalah 10 mata lebih rendah daripada pada bulan Julai dan terdedah kepada risiko penurunan, termasuk ketegangan perdagangan yang lebih buruk, gangguan berkaitan Brexit dan keengganan mendadak untuk risiko di pasaran kewangan. – MalaysiaGazette