KUALA LUMPUR – Pelakon, Hairul Azreen baru-baru ini dikecam teruk apabila memadam komen teguran yang diberikan angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor berhubung aksi hand stand terhadap anaknya yang baru berusia lima bulan.
Namun isu itu turut mendapat perhatian laman Facebook Public Health Malaysia yang memberikan penerangan tentang bahaya aksi tersebut.
Turut dipaparkan tajuk besar dalam perkongsian tersebut mengatakan anak bukan sarkas.
Menerusi perkongsian itu, turut diberitahu aksi hand stand boleh menyebabkan kecederaan serius pada kepala bayi jika terjatuh serta risiko tulang kaki membengkok.
Susulan perkongsian tersebut, rata-rata netizen kembali menyelar Hairul Azreen berikutan tindakannya yang memadam teguran Sheikh Muszaphar.
Dalam pada itu, netizen yang meluahkan rasa lega serta mengucapkan terima kasih kepada laman Facebook tersebut kerana mengambil inisiatif memberikan infomasi mengenai aksi tersebut yang banyak dilakukan oleh para selebriti. – MalaysiaGazette