KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan digesa supaya menyiasat dan mengambil tindakan keras dan segera terhadap dakwaan pengedaran buku komik Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang disifatkan ancaman kepada kestabilan dan sistem asas negara kita.
Pengerusi Lajnah Pendidkan Pas Pusat, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, komik berkenaan dikatakan menyebarkan propaganda komunis dan diedarkan secara percuma di sekolah-sekolah.
Exco Kerajaan Negeri Kelantan itu juga menyatakan sokongan terhadap kenyataan Menteri Pendidikan, Dr. Mazslee Malik bahawa kementerian tidak pernah memberikan kebenaran kepada mana-mana pihak untuk menyebarkan komik tersebut dan menegaskan sekolah bukan medan menyebarkan fahaman politik kepartian.
“Sebuah portal berita hari ini melaporkan Kurator Muzium Kebudayaan dan Komik Asia yang berpangkalan di Pulau Pinang, Hew Kuan Yau yang dikenali sebagai Superman DAP berkata komik berkenaan diterbitkan secara sah dan didaftarkan dengan ISBN (International Standard Book Number). Ia diterbitkan hasil kerjasama antara Hew dengan artis tempatan, Chong Po Ling.
“Hew turut mengesahkan komik berkenaan dalam versi Bahasa Melayu dihantar ke perpustakaan di sekolah-sekolah menengah dan sekolah jenis kebangsaan secara percuma.
“Hew juga berkata buku itu telah disampaikan kepada pemimpin-pemimpin tertinggi China seperti Presiden China Xi Jinping oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada bulan April tahun ini.
“Maka, jelaslah dakwaan bahawa Muzium Kebudayaan Komik Asia yang dibiayai oleh Kerajaan Pulau Pinang menyebarkan propaganda melalui komik berkenaan bukan satu tohmahan.,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Tambah Mohamed Fadzli apa yang turut menjadi rahsia umum kini bahawa propaganda dalam komik itu mengagung-agungkan parti DAP, memberi bayangan kerajaan Malaysia hipokrit dalam layanan kepada komunis, cuba mengubah sejarah dan memburuk-burukkan kerajaan serta pemimpin negara terdahulu.
Menurut beliau, dakwaan itu sangat serius apatah lagi ia telah diakui sendiri oleh penerbit buku tersebut.
“Sekiranya komik tersebut tidak mengandungi propaganda komunis atau pemikiran DAP sekalipun, sebarang sebaran bertulis tidak boleh dibenarkan atau dibiarkan beredar di sekolah-sekolah tanpa kebenaran Kementerian Pendidikan.
“Isunya bukan kita mengesahkan dakwaan ini tetapi kita mendesak disiasat kebenarannya dan Jika fitnah, sila ambil tindakan kepada yang membuat dakwaan dan jika benar kerajaan tidak boleh berdiam diri serta DAP juga mesti bertanggungjawab dan tidak boleh berlepas tangan dengan alasan Hew bukan lagi ahlinya, ujarnya.
Selain itu, Mohamed Fadzli turut menegaskan bahawa jika perkara itu benar, ia adalah gerakan halus yang sangat jahat, subversif dan cuba mengubah struktur asas pembinaan negara kita.
“Di saat pihak keselamatan sedang bergelut dengan ancaman keganasan LTTE, satu lagi pemikiran ancaman keganasan komunis pula cuba disebarkan dan lebih mendukacitakan lagi apabila pelajar sekolah dijadikan sasaran oleh pihak berkepentingan ini.
“Golongan ini nampaknya sudah sangat melampau dan melampaui batasan maka saya sekali lagi mendesak tindakan tegas berkadar segera perlu diambil agar pihak yang berkenaan berhenti menyebarkan dakyah songsang dan propaganda jahat serta tidak terus menanamkan ideologi yang bertentangan dengan citra Rukun Negara,” tegasnya lagi.-MalaysiaGazette
Smoga Allah hancur kn dapig kafir harbi ni..
jahatnya….!!!!!
bila PRU15….dah tak sabar nk mengundi
DAP adalah agen kominis setelah Insya gagal dalam berjuang secara terang.