Home Politik Pengedaran komik propaganda cabar undang-undang negara

Pengedaran komik propaganda cabar undang-undang negara

Noraini Ahmad

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan digesa menyiasat dan memberi penjelasan mengenai pengedaran komik propaganda yang diedarkan di sekolah-sekolah.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Noraini Ahmad berkata, penerbitan komik berkenaan mengundang bahaya kerana mengandungi unsur-unsur putar belit sejarah untuk menafikan kerajaan dahulu.

Malah, kandungan maklumat komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ cuba menghalalkan komunis.

“Justeru, Wanita UMNO menggesa Dr Maszlee Malik segera menjalankan siasatan terhadap perkara ini dan ambil tindakan sebelum komik ini diedarkan secara meluas ke seluruh Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tegasnya, perkara itu bukan sahaja boleh disifatkan biadap tetapi ia juga boleh dianggap mencabar undang-undang negara.

Ini kerana, tidak mustahil satu hari nanti sejarah Malaysia boleh diubah sesuka hati. Lebih parah lagi, pengorbanan nenek moyang kita terdahulu dimanipulasikan demi kepentingan pihak-pihak tertentu,” tegasnya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut Noraini, jika perkara itu tidak disanggah dan diambil tindakan sewajarnya, tidak hairan dari sekecil-kecil percubaan akan menjadi lebih besar suatu hari nanti.

“Siapa yang rugi? Tentunya generasi kita akan datang.

“Mahu ke kita lihat mereka terkontang-kanting mencari sejarah sebenar tanah air sendiri? Ini hakikat yang perlu kita akur jika perkara ini terus dipandang remeh,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.