Home Seni Hidup A. Samad Said ‘jentik’ pemimpin bersifat ‘sasterawang’

A. Samad Said ‘jentik’ pemimpin bersifat ‘sasterawang’

Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said.

KUCHING – Hati-hati dengan kewujudan ‘sasterawang’, pemimpin yang menutup mulut apabila selesa dengan wang ringgit, itu amaran yang dilontarkan Sasterawan Negara Datuk Seri Dr A. Samad Said.

Beliau berkata sepanjang perjuangannya sejak zaman reformasi, ada pemimpin politik yang tergelincir disebabkan wang.

“Sebab menentang ini sedap tetapi apakah kita menentang kita membetulkan atau tidak.

“Sebab kadang-kadang kita menentang kita dapat buah manisnya, ini menjadikan kita hamis,” katanya semasa berucap di Pertemuan Karyawan Sarawak ke-9, anjuran Persatuan Karyawan Sastera Sarawak, di sini, hari ini.

Samad, yang merupakan Sasterawan Negara ke-4, berkata sebagai seorang seniman dan sasterawan, beliau berasa bertanggungjawab membetulkan kekecohan dalam kalangan masyarakat.

“Saya tidak takut dengan kata, saya selalu berhujah begitu sahaja dan terseliuh bila dilarang. Saya tak masuk medan untuk tunggu siapa lawan saya tetapi yang penting hasil hujahan itu menguntungkan masyarakat,” katanya.- BERNAMA