Home Nasional Itu kesungguhan Najib sebagai pembangkang

Itu kesungguhan Najib sebagai pembangkang

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub. foto SYAFIQ AMBAK, 21 OKTOBER 2019

KUALA LUMPUR – Kritikan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap pemberian peruntukan sebanyak RM3 juta bagi membina semula dan menaik taraf jeti di Jeram Batu membuktikan kesungguhan Najib sebagai pembangkang.

Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub, peruntukan itu telah diluluskan sebelum tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Mungkin Datuk Seri Najib baru belajar jadi pembangkang, jadi dia mungkin rasa kesungguhannya untuk memperjuangkan isu rakyat, itu bagus.

“Tapi apa yang kami lakukan, tanggungjawab yang kita sentiasa tunaikan bukan di musim pilihanraya raya atau berlakunya PRK.

“Kalau nelayan jatuh di jeti yang runtuh macam mana? Peruntukan dah sampai, saya kena umumkan,” katanya di lobi Parlimen.

Salahuddin merujuk kepada kenyataan Najib di Facebooknya hari ini yang mempersoalkan niat sebenar kerajaan PH selepas menyalurkan RM3 juta di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Najib hari ini menyenaraikan jumlah peruntukan kerajaan ke Parlimen Tanjung Piai beberapa minggu sebelum PRK kawasan itu diadakan pada 16 November depan.

“Menteri Pertanian Salahuddin Ayub umum peruntukan RM3 juta untuk menaik taraf tiga jeti nelayan dalam Parlimen Tanjung Piai.

“Alasan diguna: Penuhi komitment yang pernah diberi kepada arwah MP. Bukan kerana PRK.”

“Kita sama-sama tunggu jika ada pengumuman ECRL akan belok ke Tanjung Piai nanti.

“Jangan Hospital Semenyih atau Hospital Rantau bakal dipindah ke Tanjung Piai juga,” sinis Ahli Parlimen Pekan itu hari ini. -MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Sabar lah kalau mau penjarakan orang.
    Cuma kenapa PH dah teruk kena komplen Di tv3 baru mau tengok nelayan Di Tg Piai.
    Mana SPR tak pantau kesalahan pilihanraya oleh PH, kata adil dan ikut ke hendak dan lunas undang2 negara atau SPR ni dah jadi hantu bisu… Tanya je

Comments are closed.