Home Utama ‘Cleopatra’ bukan transgender – Syed Saddiq

‘Cleopatra’ bukan transgender – Syed Saddiq

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bergambar bersama Cleopatra ketika wanita itu hadir ke Kementerian Belia dan Sukan baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menafikan beliau telah melantik seorang pembantu daripada golongan transgender.

Menurut beliau, khabar angin yang tular berserta video serta gambar wanita berkenaan di pejabatnya bukan seperti yang didakwa.

“Ada fitnah berkata dia PA (pembantu peribadi) atau setiausaha saya, itu jelas fitnah. Kalau nak semak boleh tanya pegawai tertinggi KBS.

“Kalau tengok portal kementerian, itu pun tahu tak betul,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Reaksi Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bercakap kepada media semasa hadir pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI 22, OKTOBER 2019.

Mengenai dakwaan transgender, Syed Saddiq menegaskan individu berkenaan adalah wanita sejati.

“Saya dengar berita tular bahawa dia datang jumpa saya dikatakan transgender sampai diorang guna perkataan pondan.

“Lepas itu saya terus semak dan dia datang secara berkumpulan, saya dimaklumkan bahawa dia ada anak dua orang, anak kandung,” katanya lagi.

Semalam, tular satu video berdurasi satu minit memaparkan Syed Saddiq mengadakan pertemuan dengan seorang wanita cantik di pejabatnya.

Wanita bernama ‘Cleopatra’ itu didakwa netizen seorang transgender yang bekerja dengan Syed Saddiq. -MalaysiaGazette

3 Komen

  1. kalau perempuan..guna la nama betul yang diberi ibubapa..kenapa guna cleopatra bagai…bangga nama anak pharoah?

  2. Dia punya lenggok jalan (dari belakang) aku tafsirkan sebagai barang hancur terbarai dan sudah di lunyai ramai … trust me haha dan menteri-menteri PH jauhkan diri dari masalah yang boleh mendatangkan mudarat kepada kerajaan baharu dan parti…

Comments are closed.