Home Nasional Komik BRI: Saya serah kepada KDN – Maszlee

Komik BRI: Saya serah kepada KDN – Maszlee

Menteri Pendidikan, Maszlee Malik bersama murid-murid pada Pelancaran Program Sekolahku Universiti di Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 22 OKTOBER 2019

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan  menyerahkan siasatan isu penerbitan dan pengedaran komik ‘Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI)’ kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Menterinya, Dr Maszlee Malik menegaskan, beliau tetap mempertahankan kenyataannya sebelum ini bahawa pihaknya tidak terlibat dalam pengedaran komik tersebut di beberapa sekolah.

“Saya sudah keluarkan kenyataan, tapi kita sudah serahkan kepada KDN,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Program Sekolahku Universitiku di Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai, di sini, hari ini.

Semalam, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa Kurator Muzium Kebudayaan komik Asa, Hew Kuan Yau ada melawat timbalannya, Teo Nie Chin di kementerian untuk menyampaikan komik propaganda itu pada 12 September lalu.

Menurut Lokman, komik propaganda itu didakwa mula diedar kepada semua sekolah menengah pada awal bulan Oktober.

Lokman turut melahirkan rasa hairan apabila pertemuan itu tidak diketahui Maszlee hingga membolehkan Kuan Yau memperolehi alanat untuk 2,500 sekolah menegah terbabit.

Lokman turut memuat naik sekeping gambar pertemuan di antara Nie Ching dengan Kuan Yau di dalam akaun Telegramnya, semalam. – MalaysiaGazette