MILAN – Gol hatrik Raheem Sterling membantu Manchester City memusnahkan kelab Serie A Atalanta BC dalam aksi kumpulan C Liga Juara-Juara Eropah awal pagi tadi.
Dalam aksi keempat di Stadium Etihad di Manchester itu, the Nerazzurri selaku pelawat mengejutkan tuan rumah membuka jaringan pada minit ke-28.
Atalanta dihadiahkan sepakan penalti selepas pemainnya Josip Ilicic dikasari pemain tengah Fernandinho di dalam kotak penalti.
Hasilnya Atalanta berjaya mendahului tuan rumah 1-0 pada minit ke-28 hasil jaringan Malinovskiy.
Bagaimanapun keselesaan mereka tidak bertahan lama selepas the Citizens bangkit daripada ketinggalan 1-0 dan menyamakan kedudukan menerusi Sergio Aguero pada minit ke-34.
Selepas gol penyamaan itu, skuad kendalian Pep Guardiola terus mengamuk apabila Aguero sekali lagi menggandakan jaringannya menerusi sepakan penalti empat minit kemudian sebelum separuh masa pertama berakhir dengan 2-1 memihak Man City.
Cubaan Atalanta bangkit di separuh masa kedua gagal membawa hasil apabila Man City mengejutkan mereka sekali lagi menerusi gol ketiga menerusi Sterling pada minit ke-58.
Seolah tidak cukup dengan tiga gol, Man City terus mengganas di gawang lawan apabila Sterling sekali lagi membuka jaringan kedua pribadi dan gol keempat untuk psukannya pada minit ke-64 sebelum mencipta hatrik pada minit ke-69 untuk mengesahkan keputusan menang 5-1.
Ia sekaligus mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus man City dalam peringkat kumpulan Liga Juara Eropah kali ini.- MalaysiaGazette