KUALA LUMPUR – Sokongan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali agar Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memegang jawatan itu selama lima tahun tidak memberi kesan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Presiden PKR itu, sebarang keputusan mengenai peralihan kuasa antara beliau dengan Dr Mahathir telah diputuskan sebagaimana yang termaktub dalam perjanjian dalam Pakatan Harapan (PH).
“Itu kenyataan peribadi, saya dah ulas dan keputusan ini dalam mana-mana sistem demokrasi, ia keputusan parti yang memerintah,” katanya di lobi Parlimen, hari ini.