Home Politik Mahu ke Ronnie Lui minta maaf?

Mahu ke Ronnie Lui minta maaf?

Dr Kamarul Zaman Yusoff
Dr. Kamarul Zaman Yusof

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CEP) DAP, Ronnie Liu dijangka tidak akan akur dengan tuntutan mohon maaf berhubung kenyataan kontroversinya terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad meskipun beberapa pihak mendesaknya berbuat demikian.

Ini kerana, di dalam kenyataan medianya, Ronnie Liu menyebut beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan, bercakap bagi pihak rakyat, berniat baik ketika menulis dan tidak berniat mewujudkan ketidakharmonian.

Malah, penganalisis politik, Dr. Kamarul Zaman Yusoff percaya Ronnie mahu mengkritik Dr Mahathir berdasarkan beberapa kenyataanya.

Antaranya:

(1) “Tun Dr Mahathir tidak harus dibenarkan untuk menarik rakyat ke laluan sama yang dibawa oleh rejim sebelum ini (“The prime minister cannot be allowed to drag us on the same path taken by the former regime”).

(2) “Tun Dr Mahathir tidak boleh bertindak secara sendirian khasnya dalam isu-isu yang menggugat keyakinan rakyat terhadap Pakatan Harapan” (“The prime minister cannot act unilaterally on his own especially on a number of issues that affect the people’s confidence towards Pakatan Harapan”).

(3) “Tun Dr Mahathir juga telah membuat kerajaan beberapa buah negara marah dan menjejaskan hubungan dua hala dengan negara-negara ini, khasnya India dan China”. (“The prime minister has also irked the government of a number of countries and affecting our bilateral relations, especially India and China”).

(4) “Rakyat tidak gembira dengan Tun Dr Mahathir bila janji-janji seperti Lynas, UEC, penghapusan tol, pinjaman PTPTN, royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak, dan pembelaan kaum India dalam Malaysia baru tidak ditunaikan”. (“The public is unhappy with Dr Mahathir when a list of promises were not fulfilled – Lynas, UEC, abolition of tolls, PTPTN loan, oil royalty for Sabah and Sarawak, and the Indian equation in new Malaysia, just to name a few”).

Oleh itu, satu-satunya jalan yang ada bagi menghalang Armada Bersatu seluruh negara dari meneruskan rancangan mereka bertindak atas serangan biadap Ronnie ialah untuk pimpinan DAP disiplinkan Ronnie Liu dalam masa satu minggu.

“Kita lihat sahaja mampu atau tidak pimpinan DAP disiplinkan Ronnie Liu dalam masa satu minggu serta, jika pimpinan DAP tidak mampu, benar atau tidak Armada Bersatu seluruh negara akan bertindak atas serangan biadap Ronnie Liu ini,” katanya dalam hantaran di Facebook. – MalaysiaGazette