Home Seni Hidup Isteri Tomok hamil anak ketiga

Isteri Tomok hamil anak ketiga

Foto Instagram Tomok

KUALA LUMPUR – Penyanyi Tomok berkongsi berita gembira dengan peminatnya apabila isterinya, Rahayu Abbas kini sedang hamil tiga minggu.

Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail, 35, memaklumkan berita tersebut menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.

“Bismillahirahmanirahim..Alhamdulillah satu berita gembira untuk kami sekeluarga.

“Ayah doakan ibu di permudahkan segalanya…Arrian dengan Andra nak dapat adik!! Yeyyyyyy. Alhamdulillah..terima kasih Allah,” tulisnya sebagai kapsyen.

Rahayu pernah meluahkan hasrat untuk menimang cahaya mata perempuan pada ulang tahun perkahwinan mereka baru-baru ini.

Dia dan Tomok bernikah pada 2011 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Arrian dan Andrashah Iman. – MalaysiaGazette