Home Utama Polis akan panggil pengendali Facebook Najib Razak

Polis akan panggil pengendali Facebook Najib Razak

PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis akan memanggil pengendali akaun laman sosial Facebook bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk diambil keterangan.

Difahamkan, langkah tersebut dibuat berikutan dakwaan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming.

Jumaat lalu, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan dipanggil ke Bukit Aman untuk memberikan keterangan berhubung perkara sama.

Najib diambil keterangan selama dua jam berhubung perkara tersebut dengan ditemani peguamnya dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah.

Pada 8 Oktober, Kor Ming yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat menggesa polis menyiasat Facebook ‘Najib Razak’ susulan hantaran didakwa berbaur fitnah ke atasnya yang dimuat naik di akaun sosial berkenaan pada 30 September lalu.

Ia berkaitan isu penghinaan terhadap Sultan Selangor membabitkan tanda jalan yang dimuat naik dalam Facebook ‘Nga Kor Ming Super Fans’.

Pengerusi DAP Perak itu menganggap tindakan Najib sebagai cubaan merosakkan namanya serta menghasut rakyat membencinya serta DAP. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Asal nak tangkap Najib je.. mesti dia kata “saya upah org lain uruskan” termasuk hantaran facebook.Kesimpulannya mengambing hitamkan orang itu memang kerja dia , sampai jho Lwo dan Faizalpun sudah menjadi kambing buruan polis dan interpol.Licik betuk Mr.MO1

Comments are closed.