Kementerian Pertahanan Malaysia akan memperkenalkan pasukan ‘Tentera Pintar’ menerusi Kertas Putih Pertahanan (KPP) yang akan dibentangkan dalam persidangan Parlimen sebelum akhir tahun ini.
Menterinya, Mohamad Sabu berkata, walaupun cadangan itu masih di peringkat draf dan telah diluluskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), namun beliau optimis ia akan menjadi keperluan mendesak kepada pertahanan negara pada masa akan datang.
Adakah negara d ambang huru hara? Apakah ekonomi negara bakal d hancurkan.