TERKINI : KECOH!!! Polis Arah Mahasiswa Bersurai di Hadapan Pintu Masuk UM

KUALA LUMPUR – Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) hari ini melahirkan rasa kesal apabila hampir 50 peserta Himpunan Menyokong Naib Canselor Universiti Malaya (UM) tidak dibenarkan memasuki kawasan universiti terbabit.

Presidennya, Ikhwan Nashriq Salahin berkata, pihaknya diminta oleh pihak polis supaya beredar dari pintu utama universiti itu selepas permohonan mereka untuk berhimpun secara aman dimaklumkan pada saat akhir.

“Sepatutnya kami bersama Alumni-Alumni UM seperti mantan pimpinan mahasiswa UM, Dr Zuhdi Marzuki dan Ahli Parlimen Pasir Mas, YB Fadhli Shaari yang sudi bersama kita pada hari ini.