Home Nasional Tujuh individu dikhuatiri lemas, bot karam di perairan Merabung

Tujuh individu dikhuatiri lemas, bot karam di perairan Merabung

polis marin

LAHAD DATU – Tujuh termasuk dua kanak-kanak daripada sembilan individu masih hilang dan dikhuatiri lemas selepas bot jongkong dinaiki karam di perairan Merabung, Tungku, dekat sini, semalam.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali berkata, seorang lelaki yang juga juragan bot dikenali sebagai Long Sahlihi Wahi, 29, beralamat Sibutu, Filipina, ditemui selamat oleh anggota PPM yang bergegas ke lokasi selepas menerima laporan kecemasan daripada orang awam, pada 3.05 petang.

“Hari ini pula, pada jam 10.10 pagi, satu mayat wanita ditemui terapung di Laut Bongingod oleh nelayan.

“Masih ada tujuh individu hilang termasuk dua kanak-kanak,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohamad Pajeri berkata, kerja-kerja mencari dan menyelamat masih diteruskan ketika ini. – Bernama