KUALA TERENGGANU- Sekiranya kerajaan baharu di bawah Muafakat Nasional menang pada PRU-15, royalti penuh akan dibayar kepada negeri-negeri pengeluar minyak di negara ini.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia adalah tawaran baharu kepada Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak yang gagal ditunaikan kerajaan sekarang.
Berucap merasmikan Konvensyen UMNO Terengganu di sini hari ini, Ahmad Zahid juga berkata, tawaran baharu itu difikirkan adil bagi meningkatkan sumber kewangan negeri terbabit, dan demi kebaikan rakyat.
“Inilah antara new deal Muafakat Nasional jika kita menjadi kerajaan,” katanya seperti laporan UMNO Online.
Di Terengganu, ujarnya, Muafakat Nasional terbukti berkesan dalam memperkukuhkan peluang untuk menang pada PRU-15.
Dalam pada itu UMNO hari ini juga menerima dua memorandum bantahan cadangan penggabungan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
“Memorandum daripada pelajar UMT dan Mahasiswa UniSZA. Kita akan amati bantahan mereka yang menyifatkan gabungan itu tidak demokratik dan tidak telus,” katanya dalam FBnya hari ini.-MalaysiaGazette
Assalam…ada tak sesapa pemimpin yg bole fikirkan supaya anak2x yg bijak n pandai…..mewujudkan satu institusi utk menonjolkan lg kebolehan mereka terutama yg kurang kemampuan….saya tgk….anak2x yg bijak n pandai ni terbiar setelah meningkat dewasa disebabkan tiada kemampuan utk meneruskan pelajaran……menjadi buruh kasar semata2x utk mencari sesuap nasi utk keluarga…..terutama kwsn bandar n pendalaman….tiada pemimpin yg berani utk menubuhkn institusi yg byk mengabungkn anak2x bijak pandai ini…..kemudian yg bole menjadi aset penyelidikn si masa depan….
Dana utk penubuhan institusi anak2x bijak pandai sepatutnya telah diadakan n dikumpul sejak mula merdeka utk keperluan dan aset negara dlm merealisasikn satu penyelidikan tertentu….