Home Utama LTTE: Kertas siasatan siap dan serah pada ke Pejabat AG

LTTE: Kertas siasatan siap dan serah pada ke Pejabat AG

Ayob Khan Mydin Pitchay

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan terhadap semua 12 suspek yang ditahan berhubung kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) telah dihantar ke Pejabat Peguam Negara.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay juga berkata, beliau berpuas hati dengan kertas laporan yang diserahkan pada Rabu yang lalu.

“Kita telah siap menjalankan siasatan ke atas kesemua suspek, kertas siasatan juga telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara. Kita tunggu keputusan Peguam Negara untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliu berkata demikian dipetik sebagai berkata ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Selain itu, kata Ayob Khan lagi, keluarga semua suspek mempunyai hak untuk melawat bersesuaian dengan jadual yang ditetapkan.

“Pertemuan ini adalah sempena Deepavali serta arahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang minta kita mengaturkan pertemuan ini.

“Pertemuan ini dalam tempoh masa yang berbeza kira-kira dua jam satu sesi bermula pada jam 9 pagi hingga 5 petang,” katanya lagi.

Dua daripada 12 yang ditahan polis sebelum ini adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP iaitu G.Saminathan an P. Gunasekaran. -MalaysiaGazette