Para pegawai Korea Utara terus melakukan permintaan bayaran sebanyak AS23 juta kerana penghantaran senjata, mendorong kekhuatiran Mesir bahawa mereka mungkin akan diugut, menurut dokumen Kementerian Luar yang diperolehi The Washington Post.
Seorang jurucakap kerajaan Mesir enggan mengulas mengenai dokumen tersebut. The Washington Post buat pertama kali melaporkan urusniaga rahsia yang dilakukan Mesir untuk membeli bom Korea Utara itu dilakukan pada Oktober 2017.
Kapal milik Korea Utara, Jie Shun, ditahan selepas perisik AS memberitahu Kaherah tentang kemungkinan terdapat barangan yang diseludup dalam kapal tersebut.
Pihak berkuasa Mesir menemui bom dan menyita kapal tersebut.
Selepas itu, para pegawai AS mengetahui bahawa penerima barangan tersebut adalah Mesir.
Para pegawai Mesir tidak pernah mengaku secara rasmi tentang pembelian peralatan ketenteraan Korea Utara, amalan yang dilarang di bawah sekatan AS dan PBB.
Pada 2017 para pegawai pentadbiran Presiden Donald Trump mengarahkan pembekuan penghantaran bantuan ketenteraan untuk Mesir berjumlah AS$300 juta kerana urusniaga rahsia yang tidak sprsifik antara Kaherah dan Pyongyang.
Bagaimanapun, hubungan tegang dengan Washington menyebabkan kegagalan urusniaga itu.
Dokumen baharu menunjukkan kebimbangan dalam kalangan pegawai Mesir mengenai masalah daripada penemuan penghantaran senjata itu, termasuk kemungkinan Korea Utara akan mengugut untuk mendedahkan perincian hubungan perniagaan tersebut.
Dokumen Kementerian Luar Mesir bertarikh antara Mac dan Mei 2017, sebelum peranan Kaherah dalam pemindahan senjata diketahui umum.
Salah satu daripadanya, memo bertarikh 28 Mei 2017 menyediakan Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry berbincang tentang Korea Utara tidak gembira terhadap rampasan bom itu dan mencadangkan bagaimana untuk menyembunyikan perkara tersebut.
Ia merujuk kepada surat yang dihantar Korea Utara kepada Organisasi Arab untuk Industri – konglomerat industri pertahanan Mesir milik kerajaan – meminta pembayaran dan mengeluarkan ancaman.
“Surat tersebut sekali lagi memasukkan ugutan dilakukan pihak Korea Utara untuk mendedahkan apa yang mereka tahu mengenai perincian penghantara ini,” menurut memo itu
Memo itu berkata, syarikat Mesir ‘menafikan mengetahui mengenai’ urusniaga pembelian senjata, namun beberapa ayat kemudian menggesa pembayaran kewangan yang dilakuakan secara segera untuk mendiamkan Korea Utara. – Agensi