Home Utama 2 ADUN DAP dikait dengan LTTE didakwa di mahkamah esok

2 ADUN DAP dikait dengan LTTE didakwa di mahkamah esok

Dua wakil rakyat DAP antara 12 yang akan didakwa di mahkamah disyaki terlibat aktiviti mempromosi, menyokong, menghasut, menggalak dan mencari dana untuk kumpulan pengganas LTTE.

KUALA LUMPUE – Dua wakil rakyat DAP iaitu Saminathan Ganesan (Gadek) dan Gunasekaran Palasamy (Seremban Jaya) akan didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka jam 8.30 pagi esok.

Peguam Ramkarpal Singh mengesahakan perkembangan terbaharu itu.

Turut dihadapkan ke mahkamah esok lapan individu lagi dan kesemua mereka ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) atau Sosma kerana dikaitkan dengan kumpulan militan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Dua individu lagi pula akan didakwa pada 31 Oktober ini.

Selain Ayer Keroh, penuduhan juga akan dibuat di Mahkamah Sesyen Alor Gajah, Melaka; Kuala Kangsar, Perak; Jalan Duta, Kuala Lumpur; Sepang dan Selayang, Selangor; Butterworth, Pulau Pinang; dan Segamat, Johor.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Antikeganasan Cawangan Khas Bukit Aman, Deputi Komisioner Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, polis telah menjalankan siastaan ke atas suspek-suspek sejak November tahun lalu bertindak atas risikan, siasatan dan maklumat awam. – MalaysiaGazette

Artikel berkaitan:

LTTE: Polis tahan 2 wakil rakyat DAP

LTTE: Anwar mahu 12 suspek segera dihadapkan ke mahkamah

Bebaskan tahanan LTTE, IS – Hassan