KUALA LUMPUR – Penyanyi, Datuk Hattan mencadangkan persatuan artis menubuhkan stesen radio sendiri.
Stesen berkenaan, katanya, dapat memperjuangkan penyanyi senior yang kini single mereka tidak dipromosi secara adil di stesen radio sedia ada.
“Ini kerana ini bagi saya sangat perlu bagi mengelakan double standard. Artis-artis senior buatlah berpuluh single pun takan merasa nak disiarkan kecuali di online radio,” katanya meluahkan kekecewaan dalam status FBnya hari ini.
Menurut Hattan, stesen radio popular tanah air didakwanya tidak memainkan lagu single artis senior dengan alasan rating.
“Come on guys. Be pro sikit..ingat senang ke recording. Adillah sikit,” katanya lagi.
Menurutnya, apabila ada konsert, artis-artis senior juga dipanggil oleh penganjur.
“Search, Wings, Datuk Ramli Sarip , Datuk M. Nasir, semua masih power- power lagi…contoh tiket M. Nasir punya konsert sudah habis dijua tapi kalau buat single belum tentu dapat airplay,” katanya.
Menurut Hattan, penyanyi senior kini semakin ramai melutut di tepi gantang sahaja.- MalaysiaGazette