KUALA LUMPUR – Lim Guan Eng akan diiktiraf sebagai Menteri Kewangan yang paling dangkal kerana ekonomi negara merudum dan rakyat terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi.
Malah, kewangan kerajaan kini juga terjejas.
Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, pendapatan negara kini berkurangan kerana Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tidak dapat menampung perbelanjaan kerajaan.
Oleh sebab itu, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menambah hutang negara, menjual aset kerajaan dan meminta syarikat-syarikat milik kerajaan membayar dividen lebih kepada kerajaan.
Kerajaan PH sedang buat kesemuanya sekali, katanya sambil menyimpulkan Guan Eng terbukti tidak sehebat seperti yang dilaung-laungkan oleh DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).
“Ianya laungan tanpa harapan!,” ujarnya. – MalaysiaGazette