Home Dunia Pelaksanaan hukuman mati di Indonesia kekal

Pelaksanaan hukuman mati di Indonesia kekal

AG Indonesia
Sanitiar Burhanuddin. foto Agensi

JAKARTA – Peguam Negara Indonesia yang baharu dilantik, Sanitiar Burhanuddin akan terus melaksanakan hukuman mati meskipun undang-undang itu dikecam oleh hak asasi manusia dan berpotensi berlaku krisis diplomatik.

Beliau berkata, hukuman mati akan dilaksanakan sebaik sahaja keputusan itu dibuat (ketetapan akhir dan pengadilan yang sah).

“Beberapa kes belum sampai ke tahap tersebut.

“Kita pasti akan melaksanakan hukuman mati,” kata Sanitiar di Ibu Pejabat Pejabat Peguam Negara.

Katanya, Indonesia belum melakukan hukuman mati sejak 2017 selepas 18 pesalah dadah, termasuk warga asing, telah dihukum mati pada tahun 2015 dan 2016, yang menyebabkan negara ini menerima kutukan daripada masyarakat antarabangsa.

Pendirian Sanitiar itu akan menentukan nasib lebih dari 300 banduan yang menunggu keputusan termasuk warga asing, di negara ini.

Amnesty International Indonesia menganggarkan setakat hujung tahun lepas, sekurang-kurangnya 308 orang banduan menunggu hukuman mati tanpa ada tarikh yang jelas.

Jumlah itu tidak termasuk 66 banduan, lapan daripada mereka adalah warga asing, yang telah dijatuhi hukuman mati tahun ini.

Jumlah itu dikurangkan kepada 61 ekoran pertukaran hukuman kepada empat orang banduan. – MalaysiaGazette