Home Utama Penghantar surat didakwa miliki item berunsur perbuatan keganasan

Penghantar surat didakwa miliki item berunsur perbuatan keganasan

S.Teran, 38, yang bekerja di sebuah pejabat peguam, di sini, memahami pertuduhan yang dibacakan terhadapnya dalam bahasa Melayu di hadapan Hakim Rasidah Roslee.

SEGAMAT – Seorang penghantar surat didakwa di Mahkamah Sesyen Segamat, hari ini, atas pertuduhan memiliki item berunsur perbuatan keganasan atau berkaitan dengan kumpulan pengganas LTTE, awal bulan ini.

S.Teran, 38, yang bekerja di sebuah pejabat peguam, di sini, memahami pertuduhan yang dibacakan terhadapnya dalam bahasa Melayu di hadapan Hakim Rasidah Roslee.

Tertuduh yang masih bujang dan dijadualkan melangsungkan perkahwinan pada Disember ini, didakwa memiliki item berunsur perbuatan keganasan atau berkaitan dengan kumpulan pengganas LTTE itu di alamat 10M, Jalan Genuang, Kampung Paya Pulai, di sini, kira-kira 6.30 petang, 10 Okt lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda dan dilucutkan mana-mana item itu, jika sabit kesalahan. – MalaysiaGazette