Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan optimis dengan menyatakan bahawa pengundi Cina di Tanjung Piai akan memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) itu.
Menurut Ahli Parlimen Pontian itu, ia berikutan sentimen penolakan peniaga-peniaga Cina yang terkesan dengan pentadbiran Pakatan Harapan (PH).