PARIS – Dua warga emas cedera parah selepas seorang lelaki melepaskan tembakan di luar perkarangan sebuah masjid di bandar Bayonne di barat daya Perancis.
Suspek yang berusia 84 tahun itu telah ditahan berhampiran rumahnya dekat dengan Bayonne.
Lelaki bersenjata itu cuba menembak pintu masjid telah tertembak dua lelaki, kedua-duanya berusia 70-an, yang terkejut dengan kehadiran suspek, kata polis.
Kedua-dua mereka cedera parah dalam kejadian yang berlaku pada 15.20 petang (14:20 GMT) dan kini dibawa ke hospital.
Selepas meninggalkan masjid berkenaan, suspek dikatakan cuba melepaskan tembakan ke arah sebuah kereta.
Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengutuk serangan jahat itu.
“Perancis tidak akan bertolak ansur dengan kebencian. Segala-galanya akan dilakukan untuk menghukum pelaku yang melakukan kejahatan danĀ penduduk Muslim akan terus dilindungi,” katanya. – MalaysiaGazette