Home Sukan Cheng Hoe panggil Afiq, Baddrol

Cheng Hoe panggil Afiq, Baddrol

KUALA LUMPUR – Jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe mengekalkan 19 pemain dari skuad 23 pemain ketika tewas 1-0 kepada Vietnam di Hanoi, 10 Oktober lalu.

Namun beliau telah memanggil tujuh pemain baharu antaranya Afiq Fazail (JDT) dan Baddrol Bakhtiar (Kedah) bagi kem latihan pusat yang akan bermula Ahad ini.

Skuad Harimau Malaya akan bertemu Tajikistan bagi Perlawanan Antarabangsa Tier 1 pada 9 November 2019 sebagai persiapan menghadapi dua aksi Kumpulan G, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Thailand pada 14 November ini (Khamis) dan menentang Indonesia pada 19 November ini.

Ketiga-tiga perlawanan itu akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. – MalaysiaGazette

#FAM #HarimauMalaya #AsianQualifiers