Home Seni Hidup Inilah nasib jadi penghibur – Naim Daniel

Inilah nasib jadi penghibur – Naim Daniel

Fotografi bersama penyanyi, Naim Daniel untuk Cover Majalah Digital PoseUp Malaysia Gazette di Studio Malaysia Gazette, Sungai Besi, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 20 JUN 2019.

KUALA LUMPUR – Penyanyi, Naim menulis luahan hatinya seolah-olah kesal dan kecewa dengan tanggapan segelintir masyarakat terhadap kehidupan artis terutama penyanyi.

Jejaka berusia 22 tahun itu berkata, sebagai artis, golongan itu dilihat tidak boleh melakukan kesilapan walaupun sekali.

“Nasib awaklah, penghibur. Awak ada masalah sebelum show, orang tak peduli. Orang cuma tahu nak berhibur. Kalau awak terlepas pandang seorang peminat, dibilangnya angkuh. Awak tak boleh buat silap ya. Jangan sekali.

“Sebab orang akan lupa segala satu benda manis yang pernah awak kerjakan. Kalau ada rezeki lebih, siap kena kecam di laman sosial.

Fotografi Cover POSEUP bersama penyanyi dan pelakon, Naim Daniel di Studio Malaysia Gazette, Sungai Besi, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 20 JUN 2019.

“Orang beranggapan awak kalis makian, memang menjadi bahan punching bag mulut masyarakat, sampaikan makan minum, bangun tidur awak pun sering terkir apa orang akan kata,” luahnya di Instagramnya.

Bersama kapsyen tersebut, penyanyi yang popular dengan lagu Sumpah itu turut memuat naik foto dirinya mengenakan kostum dan mekap dalam watak Joker.

Naim yang aktif menjayakan persembahan pentas ketika iniĀ  kini sedang menjalani penggambaran telelem terbaharu berjudul Kerana Dia Aku Menangis.

Telelem arahan Kabir Bhatia itu akan bersiaran di Astro First tidak lama lagi. – MalaysiaGazette