Home Utama Khazanah tetap tidak berminat jual PLUS – Shahril Ridza

Khazanah tetap tidak berminat jual PLUS – Shahril Ridza

Shahril Ridza Ridzuan

KUALA LUMPUR – Meskipun masih belum melihat kertas cadangan terbaharu Widad Business Group Sdn. Bhd. (WBG), Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd., Datuk Shahril Ridza Ridzuan kekal pada pendiriannya tidak berminat menjual PLUS Expressway Bhd. (PLUS).

“Tun (Dr. Mahathir Mohamad) pernah membuat kenyataan sebelum ini tiada tawaran yang menarik setakat ini.

“Jadi, saya berpegang kepada (kenyataan) itu.

“Kami tidak berada dalam mood untuk menjual aset tersebut.

“Saya rasa (pendirian) saya tidak berubah (meskipun Widad menaikkan tawarannya).

“Saya belum melihat lagi kertas cadangan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas menjadi panelis di Persidangan Korporat PNB di sini hari ini.

Artikel berkaitan: Widad naikkan tawaran RM5.3 billion untuk miliki PLUS

WBG hari ini mengumumkan syarikat tersebut menyemak semula tawaran ke atas PLUS kepada RM5.3 bilion dengan cadangan untuk menguasai 100 peratus kepentingan ekuiti ke atas pengendali lebuh raya itu.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan WBG, Tan Sri Muhammad Ikmal Opat Abdullah berkata, dalam pembentangan kepada Kementerian Kerja Raya semalam, pihaknya menawarkan RM5.3 bilion sebagai pertimbangan tunai. -MalaysiaGazette

Artikel berkaitan:

Widad Business Group pula minat beli PLUS