Home Utama PM perlu masa selesaikan masalah ekonomi, belum sedia serah jawatan – Azmin

PM perlu masa selesaikan masalah ekonomi, belum sedia serah jawatan – Azmin

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali ketika hadir pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 30 OKTOBER 2019

KUALA LUMPUR – Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad belum bersedia untuk menyerahkan jawatan itu kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memerlukan masa yang lebih lama.

Menurut orang nombor dua PKR itu, Dr Mahathir memerlukan masa yang lebih untuk menyelesaikan masalah ekonomi yang semakin meruncing hari ini.

“Muktamad, sudah muktamad. Berapa kali PM sudah menyatakan beliau belum bersedia sehinggalah tidak selesai masalah ekonomi dan negara.

“Masalah ini rumit dan beliau punya pengalaman yang luas untuk bantu,” katanya menjawab pertanyaan media mengenai keputusan muktamad peralihan kuasa antara Dr Mahathir dengan Anwar Ibrahim, sebelum ini.

Azmin turut ditanya mengenai kenyataan Anwar yang mengakui ada “percubaan khianat” untuk menghalangnya dari menggantikan Dr Mahathir dan menjadi Perdana Menteri.

Beliau menjawab agar semua pihak termasuk Anwar agar berhenti untuk terus mempersoalkan mengenai isu peralihan kuasa antara dirinya dan Dr Mahathir.

Malah katanya, ia bukan perkara mendesak untuk dibincangkan sedangkan isu ekonomi tidak dapat diselesaikan lagi.

“Sebab itu saya kata jangan bercakap, bila cakap macam soalan yang timbul. Hentikan semua perbincangan,” katanya lagi.

Di Azerbaijan, Dr Mahathir berkata, dirinya bersedia untuk berbincang mengenai peralihan kuasa kepada Anwar namun harus dibincangkam dalam Majlis Presiden PH.

Ini kerana katanya, sepertimana sebelum ini, semua keputusan mengenai pelantikan pemimpin PH dibuat pada peringkat berkenaan.

Pada Ahad lalu Anwar berkata, beliau tidak mempunyai halangan sekiranya perbincangan mengenai peralihan kuasa dibawa ke Mesyuarat Majlis Presiden PH. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Arsemin, bukan ko yg tentukan sapa dan bila peralihan kuasa di buat. PENGKHIANAT!
    Rakyat akan hukum ko PRU kelak.

Comments are closed.