TERKINI : Dasar Warga Asing “Pengawal keselamatan Tak Akan Kekal” – Muhyiddin Yassin

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata dasar pengambilan warga asing sebagai pengawal keselamatan tidak akan kekal selama-lamanya.

Justeru menurutnya, industri perkhidmatan kawalan keselamatan perlu berusaha bagi menarik minat lebih ramai tenaga kerja tempatan untuk bekerja dalam sektor ini.

Ujar beliau, antara inisiatif yang boleh dilakukan oleh pemain industri adalah penawaran pakej latihan, saraan dan imej profesyen kawalan keselamatan yang lebih menarik.