Polis mengenal pasti penglibatan individu kenamaan (VVIP) dalam aktiviti pemburuan haram dan penyeludupan haiwan liar selain mengesan berbelas sindiket haram.
Walaubagaimanapun Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador tidak mendedahkan secara spesifik siapakah VVIP yang dimaksudkan, sebaliknya berkata golongan itu berkemungkinan dari kalangan ahli politik, pegawai kerajaan dan banyak lagi.
Beliau turut memberi amaran tidak akan ada pengecualian dilakukan terhadap golongan ini sekiranya aktiviti haram mereka berjaya dibanteras.