Home Nasional Laporan IDEAS tak berasas – Mohd. Redzuan

Laporan IDEAS tak berasas – Mohd. Redzuan

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.

KUALA LUMPUR – Hasil Kajian Badan Pemikir, Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS) yang mendakwa reformasi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) hanya memberi keuntungan kepada pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak berasas.

“Saya fikir penemuan itu tidak berasas jika Ideas kata ada banyak pihak yang dapat manfaat daripada Bersatu ataupun mana-mana parti.

“Kementerian saya tidak ada lantikan seperti Ketua Bahagian atau orang lain untuk sesuatu jawatan dalam lantikan politik.

“Siapa orang yang telah dilantik dalam GLC. Saya tidak nampak,” katanya Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof di lobi Parlimen hari ini.

Mohd. Redzuan mengulas mengenai kajian IDEAS yang mendapati kawalan ke atas sembilan syarikat besar di bawah Kementerian Kewangan telah dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri yang di bawah kawalan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir memberikan manfaat kepada Bersatu.

Begitu juga dengan Kementerian Pembangunan Usahawan yang telah dipulihkan dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi yang baru dibentuk yang memberikan manfaat kepada menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Oleh yang demikian Mohd, Redzuan yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah menggesa agar IDEAS menyemak semula hasil kajian itu.

Katanya, lantikan itu disifatkan tidak berkait rapat dengan sebarang lantikan politik sebagaimana yang didakwa badan itu.

“Saya tidak rasa begitu sebab saya tidak rasa itu perkara yang betul. Kita kena lihat kepada semua aspek perlantikan untuk buat komen begitu.

“Saya cadangkan semak semula semua perlantikan di semua GLC dan saya tidak fikir ia melibatkan lantikan politik.

“Ia lebih kepada pelantikan yang tidak cenderung kepada politik dan lebih kepada merit dan tidak berdasarkan kepada pegangan pegangan politik,” katanya lagi. -MalaysiaGazette.