Dakwaan bahawa Barisan Nasional (BN) mengemukakan calon kitar semula pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai hanya untuk melemahkan semangat parti dan jentera yang digerakkan pada PRK itu.
Menurut Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong, calon BN, Datuk Seri Wee Jeck Seng yang berusia 55 tahun itu adalah berwibawa dan disokong oleh masyarakat tempatan.
“Kalau macam tu (dakwaan calon kitar semula) kita kalah sekali tidak boleh bertanding, nampaknya Lim Kit Siang, (mendiang) Karpal Singh pun pernah kalah sekali.