TERKINI : PAS “Nafi Tiada Calon Simpanan” di PRK Tanjung Piai – Tuan Ibrahim Tuan Man

Pas pusat hari ini menafikan dakwaan Pas Johor bahawa pihaknya diarah menyediakan calon simpanan menjelang penamaan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Sabtu ini.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Pas Pusat tidak ada mengeluarkan arahan sedemikian kerana memuktamadkan tidak akan meletakan calon di kawasan itu.

“Tidak ada (arahan beri calon simpanan), kita sudah jelaskan kita tidak akan sediakan calon untuk PRK Tanjung Piai. Calon simpanan tidak ada dalam istilah pilihan raya.

“Cuma yang berlaku adalah calon menunggu jika ada sesuatu kes yang berlaku kepada calon daripada Muafakat Nasional. Saya rasa tidak timbul mengenai calon simpanan. Tidak betul dakwaan itu,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini