Pakatan Harapan (PH) menasihatkan agar Pas menyokong calon yang ditonjolkan oleh gabungan itu di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.
Soal Ketua Sekretariat PH, Datuk Saifuddin, Pas sepatutnya menyokong Karmaine Sardini kerana calon Islam dan Melayu.
“Saya rasa Pas perlu sokong calon PH,” katanya merujuk kepada pengumuman Barisan Nasional (BN) semalam mencalonkan calon muka lama, Datuk Wee Jeck Seng daripada MCA.
Dalam pada itu, Saifuddin mempersoal bagaimana Pas hendak menyokong calon bukan Melayu yang diketengahkan BN.