Home Sukan Fesyen Neymar kena kutuk

Fesyen Neymar kena kutuk

Foto Daily Mail

PARIS – Selain mencipta hebat beraksi di padang, bintang sensasi bola sepak Neymar turut mencuri perhatian kerana minat pada fesyen.

Namun lapor Daily Mail, fesyen yang digayakan pemain Paris Saint-German itu menjadi sindiran pemain Argentina, Mauro Icardi.

Jaket bulu yang digayakan Neymar disamakan seperti kain selimut, kata Icardi.

“Adakah kamu bawa kain selimut dari rumah?” soal Icardi di Instagram.

Neymar kemudiannya membalasnya dengan memberitahu pemilihan pakaian itu dibuat kerana cuaca yang sejuk.

Foto yang dimuat naik di Instagram Neymar sehingga kini menerima lebih 2.2 juta tanda suka. – MalaysiaGazette