Home Seni Hidup Di Sisi dominasi ASK2019

Di Sisi dominasi ASK2019

Wakil-wakil Di Sisi, Unit Drama TV RTM bergambar bersama trofi yang dimenanginya selepas dinobatkan Anugerah Drama Terbaik Kategori pada malam Anugerah Skrin 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 01 NOVEMBER 2019.

KUALA LUMPUR – Drama Di Sisi terbitan Unit Drama TV, Radio Televisyen Malaysia dinobatkan sebagai Drama Terbaik pada Anugerah Skrin 2019 (ASK2019) yang diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur malam tadi.

Kemenangan itu berjaya menumpaskan empat calon lain iaitu Lalang, Sirna, Telingkah dan Titi Kayu.

Drama itu turut membawa pulang trofi Pengarah Terbaik Drama menerusi Wan Afzam Wan Daud, Penyunting Drama Terbaik (Izar Masuri), Lakon Layar TV Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Ruzaidi Rahman).

Pelakon,Nabila Huda dan Faizal Hussein bergambar bersama trofi yang dimenanginya selepas dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Drama dan Pelakon Lelaki Terbaik Drama pada malam Anugerah Skrin 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 01 NOVEMBER 2019.

Namron bersama dua orang anak Allahyarham Pitt Hanif membawa pulang trofi Lakon Layar Terbaik manakala lakonan mantap pelakon Nabila Huda menerusi drama Dia Tidak Berdosa berjaya mengangkatnya sebagai Pelakon Wanita Terbaik Drama dan Pelakon Lelaki Terbaik Drama dimenangi Faizal Hussien (Samad Tedung).

Bagi kategori Drama Rantaian Terbaik Bahasa Melayu menjadi milik Kamar Kamariah (Suhan Movies & Trading Sdn Bhd) manakala pelakon utama Datuk Fizz Fairuz diangkat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian.

Pelakon Zara Zya membawa pulang tro Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian menerusi drama Pia.

Pelakon, Zara Zya dan Fizz Fairuz bergambar bersama trofi yang dimenanginya selepas dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian pada malam Anugerah Skrin 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 01 NOVEMBER 2019.

Bagi kategori lem pula, karya terbitan Pixel Play Entertainment berjudul One Two Jaga pula dipilih sebagai pemenang Filem Terbaik.

Zara Zya menang kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian dan Fizz Fairuz bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian.

Filem ini turut memenangi kategori Lakon Layar Terbaik (Pitt Hanif, Namron & Mohd Syaq), Pelakon Lelaki Terbaik Filem iaitu Dr. Rosdeen Suboh dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem yang dimenangi oleh Zahiril Adzim.

Pelakon,Nabila Huda dan Diana Dianelle bergambar bersama trofi yang dimenanginya selepas dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Filem pada malam Anugerah Skrin 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 01 NOVEMBER 2019.

Pengarah Terbaik Filem pula dimenangi oleh Mamat Khalid menerusi lem Hantu Kak Limah manakala Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) menjadi milik Datin Diana Danielle menerusi lem Gol & Gincu Vol.2.

Edisi ke-23 tidak menampilkan hos utama sebaliknya diserikan oleh enam penyampai anugerah dibarisi oleh Zizan Razak dan Nabila Huda, Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Siti Sarah dan Shuib, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin, Eira Syazira dan Azad Jasmin, serta Elly Mazlein dan Shuk.

Drama Kamar Kamariah diangkat sebagai Drama Rantaian Terbaik ASK2019.
Pada acara itu juga turut menyaksikan persembahan daripada pasangan duo popular masa kini seperti Datuk Jamal Abdillah dan Sissy Imann, Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah, Syamel dan Ernie Zakri, serta Santesh dan Ayda Jebat.

Pelakon, Zahiril Adzim bergambar bersama trofi yang dimenanginya selepas dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem pada malam Anugerah Skrin 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 01 NOVEMBER 2019.

Tidak ketinggalan, penampilan Andi Bernadee, sketsa komedi daripada Ebby Yus, Issey dan Zizi Kirana, persembahan silap
mata The MADgicians dan tarian oleh Zeppo Youngster Crew by Boojae.

SENARAI PENUH PEMENANG ASK2019:
1. Drama Terbaik – Di Sisi (Unit Drama TV, Radio Televisyen Malaysia)
2. Pengarah Terbaik Drama – Wan Afzam Wan Daud (Di Sisi)
3. Lakon TV Terbaik – Amin Masyur (Di Sisi)
4. Penyunting Drama Terbaik – Izar Masuri (Di Sisi)
5. Pelakon Lelaki Terbaik Drama – Faizal Hussien (Samad Tedung)
6. Pelakon Wanita Terbaik Drama – Nabila Huda (Dia Tidak Berdosa)
7. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama – Ruzaidi Rahman (Di Sisi)
8. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama – Amyza Aznan (Batik Zakiah)
9. Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Melayu) – Kamar Kamariah (Suhan Movies & Trading Sdn Bhd)
10. Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Cina) – Sweet Delicacy (The Rock Productions Sdn. Bhd)
11. Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian – Datuk Fizz Fairuz (Kamar Kamariah)
12. Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian – Zara Zya (Pia)
13. Drama Komedi Terbaik – Budak Usin (Radius One Sdn Bhd)
14. Videografi Drama Terbaik -Junaimeramzal Rahmat (Telingkah)
15. Rancangan Majalah Terbaik – Sahabat Backpackers
16. Rancangan Realiti Terbaik – The Z Power
17. Rancangan Dokumentari Terbaik – Majalah 3 (Pertabalan Yang Dipertua Agong Yang Ke-16) Christine Lee Mee Chin & Zerry
Fancis)
18. Rancangan Bual Bicara Terbaik – Feel Good Show (Istimewa Deepavali) Intan Noorbaizura & Thayalan Krishna
19. Laporan Khas Berita Terbaik – Buletin Utama (Aduan Rakyat – Kampung Sampah) Khairul Rizuan Azizan & Khairul Azwan
Khalid
20. Rancangan Hiburan Terbaik – Konsert Minggu Ini (Ratu 2.0) Ellia Norni Elias & Rashidah Ali
21. Rancangan Anugerah Terbaik – Anugerah Juara Lagu 33 (Nurhul Huda Haji Khalid & Hamsiah Biri)
22. Rekabentuk Set Terbaik – Mohd. Ra & Mohd. Rashidy Samsudin (Anugerah Skrin 2018)
23. Montaj Terbaik – Mohd Rizuan And Rahman & Zarul Eskandar (Halaqah 2019)
24. Filem Terbaik – One Two Jaga (Pixel Play Entertainment)
25. Lakon Layar Terbaik – Pitt Hanif, Namron & Mohd Syaq (One Two Jaga)
26. Pengarah Terbaik Filem – Mamat Khalid (Hantu Kak Limah)
27. Pelakon Lelaki Terbaik Filem – Dr. Rosdeen Suboh (One Two Jaga)
28. Pelakon Wanita Terbaik Filem – Datin Diana Danielle (Gol & Gincu Vol.2)
29. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem – Zahiril Adzim (One Two Jaga)
30. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem – Siti Saleha (7ujuh)

– MalaysiaGazette