TERKINI : “Faridah Terkejut” Calon Bebas Ganti Datuk Shamsubahrin

PONTIAN – Calon bebas, Faridah Aryani Abdul Ghaffar dilihat seperti seolah-olah ‘terkejut’ apabila menjadi calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai hari ini.

Ketika ditemui selepas proses penamaan calon di Dewan Jubli Intan di sini, calon berusia 43 tahun yang bertanding menggunakan lambang kereta itu lebih banyak mendiamkan diri daripada menjawab soalan yang diajukan oleh pihak media.