TERKINI : SPR Lanjutkan Waktu Mengundi di PRK Tanjung Piai

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangka keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai akan diumumkan sebelum pukul 10 malam pada 16 November ini.

Pengerusinya, Datuk Azhar Azizan Harun juga berkata, pihaknya akan menyiarkan proses pengiraan undi secara langsung menerusi Facebook.

Ia sebahagian daripada usaha penambahbaikan selain menyediakan dua saluran kepada pengundi berusia 60 tahun ke atas dan waktu mengundi dipanjangkan sehingga 5.30 petang.