TEHRAN – Iran tidak akan menarik balik pengharaman untuk berunding dengan Amerika Syarikat (AS), menurut pemimpin tertingginya, Ayatollah Ali Khamenei.
Kenyataan itu dikeluarkan sempena ulang tahun ke-10 penyitaan Kedutaan AS di Tehran.
“Satu cara untuk menghalang penyusupan politik Amerika adalah melarang sebarang perbincangan dengan Amerika. Ini bermakna Iran tidak akan mendapat tekanan Amerika.
“Mereka yang percaya bahawa rundingan dengan musuh akan menyelesaikan masalah kita adalah 100% salah,” kata Khamenei.
Hubungan antara kedua-dua negara itu mencapai tahap krisis selepas Presiden Donald Trump menarik semula pakatan 2015 antara Iran dan kuasa-kuasa dunia, yang mana Teheran diminta menerima halangan terhadap program nuklear sebagai balasan untuk mengembalikan semua sekatan.
Washington telah mengembalikan semula sekatan dengan menghentikan semua eksport minyak Iran, dengan bertujuan memaksa Iran untuk berunding bagi mencapai kesepakatan yang lebih luas.
Khamenei telah mengharamkan pegawai Iran daripada mengadakan sebarang rundingan kecuali Amerika Syarikat kembali kepada perjanjian nuklear dan menarik semua sekatan.
Ulang tahun penyitaan kedutaan AS sejurus selepas Revolusi Islam 1979 Iran diraikan dengan demonstrasi tahunan orang ramai menyanyikan “Death to America” di seluruh negara.
“AS tidak berubah sejak dekad yang lalu … ia terus dengan tingkah laku agresif, ganas dan pemerintahan diktator yang sama. Iran tidak akan membiarkan Amerika kembali ke negara ini,” tegas Khamenei. – MalaysiaGazette