Home Nasional KDN rampas 2,000 komik propaganda – Muhyiddin

KDN rampas 2,000 komik propaganda – Muhyiddin

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yasin bercakap pada sidang media ketika hadir pada program Hari Keluarga KDN 2019 di Dewan A, MAEPS Serdang, Selangor. foto NOOREEZA HASHIM, 03 NOVEMBER 2019.

SERDANG – Kementerian Dalam Negeri (KDN) setakat ini merampas lebih 2,000 naskah komik kontroversi ‘Inisiatif Jalur & Jalan Meraih Manfaat Bersama’.

“Lebih 2,000 naskah telah dirampas, namun jumlah tepat tidak dipastikan,” kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media selepas menghadiri Hari Keluarga KDN di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya jumlah keseluruhan komik propaganda itu yang telah dirampas KDN sehingga kini.

KDN sebelum ini mewartakan perintah larangan terhadap komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ termasuk versi bahasa Inggeris dan Cina yang dipercayai antara lain cuba mempromosikan ideologi komunisme dan sosialisme. – MalaysiaGazette