Home Nasional Pengasas Mercy Malaysia menang Anugerah ASEAN

Pengasas Mercy Malaysia menang Anugerah ASEAN

BANGKOK- Pengasas Mercy Malaysia Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood memenangi Anugerah ASEAN 2019 di atas peranan pentingnya dalam pelbagai misi kemanusiaan dan pengurusan bencana di rantau ini.

Beliau merupakan rakyat Malaysia pertama yang memenangi anugerah tersebut.

Anugerah yang disampaikan semasa upacara pembukaan Sidang Kemuncak Asean ke-35 di sini hari ini,, yang disaksikan oleh kesemua 10 pemimpin Asean termasuk Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dr. Jemilah menerima sebuah trofi berserta wang tunai sebanyak AS$20,000 daripada Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-O-Cha.

Anugerah Asean merupakan anugerah serantau paling berprestij yang bermatlamat untuk menghargai pencapaian luar biasa seseorang individu atau organisasi di dalam menyerlahkan identiti Asean di samping mempromosikan semangat Asean.- MalaysiaGazette