Home Dunia Semua diplomat Venezuela diarah keluar dari El Salvador

Semua diplomat Venezuela diarah keluar dari El Salvador

Nayib Bukele. foto Agensi

SAN SALVADOR – President El Salvador, Nayib Bukele mengarahkan semua diplomat Venezuela meninggalkan negara itu dalam tempoh 48 jam.

Dalam kenyataannya, Bukela berkata, arahan itu seiring dengan kedudukan kerajaannya yang beranggapan Nicolas Maduro bukan presiden yang sah.

Bukele berkata, kerajaanya menganggap pemimpin pembangkang iaitu Juan Guaidó sebagai ketua negara Venezuela.

Venezuela telah terperangkap dalam perebutan kuasa antara Maduro dan Guaidó, pemimpin Dewan Negara.

Guaidó telah mengisytiharkan sebagai Presiden Interim pada Januari lalu dan mendakwa pilihan raya yang membawa kemenangan kepada Maduro buat penggal kedua adalah satu penipuan.

Bukele berkata, El Salvador akan menerima diplomat baharu dari Venezuela di bawah pemerintahan Guaido.

Setakat ini Maduro belum membuat sebarang ulasan mengenai tindakan Bukele.

Tetapi Duta Amerika Syarikat ke El Salvador, Ronald Johnson menyambut baik pengumuman Bukele. – MalaysiaGazette