PEKAN NANAS – Calon Pakatan Harapan, Karmaine Sardini mengakui rutin hariannya berubah sejak dipilih menjadi calon Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai pada 2 November lalu.
Katanya, waktu tidur beliau sudah berkurangan dan tidak seperti waktu normal 10.30 malam sebelum ini.
“Memang saya kurang rehat sekarang, hanya tidur 2 jam, masuk tidur pukul 2 pagi dan bangun 4.30 pagi untuk berkempen mendekati rakyat.
“Kehidupan sebelum diangkat sebagai calon adalah berbeza selalunya masuk tidur pukul 10.30 malam lepas isyak dan bangun biasa pukul 4.30 pagi,” katanya kepada pemberita selepas melawat Klinik Kesihatan Pekan Nanas pagi tadi.
Ditanya rahsia berkempen dengan stamina tanpa menunjukkan erti kepenatan, Karmaine berkata, dia tidak mempunyai sebarang rahsia dalam mengekalkan stamina tanpa letih.
“Rahsia kempen? tak tahulah macam mana. Saya ambil suplemen pil madu sejak dulu lagi baru semasa berkempen sahaja,” ujarnya.
Tambahnya, dia akan menggunakan masa berkempen sepenuhnya untuk mendekati rakyat setempat.-
Ditanya mengenai dakwaan calon Gerakan, Wendy Subramaniam bahawa beliau disabotaj, Karmaine berkata: “Biar polis jalankan siasatan dulu. KIta tidak pernah cakap apa-apa mengenai parti lain,”.-MalaysiaGazette