Home Dunia Lagi struktur Warisan Dunia Jepun terbakar

Lagi struktur Warisan Dunia Jepun terbakar

rumah-640x291
Perkampungan Gassho-Zukuri. foto Agensi

TOKYO – Kebakaran besar telah memusnahkan sebuah bangunan yang terletak di lokasi Warisan Dunia, kata Jabatan Bomba.

Ia berlaku hanya beberapa hari selepas kebakaran yang memusnahkan Istana Shuri, yang juga Warisan Dunia Jepun di Okinawa.

Kebakaran Isnin berlaku di membabitkan rumah tradisional gassho-zukuri di Gifu, di tengah Jepun, kata pegawai jabatan bomba.

Rumah-rumah itu dibina beratus-ratus tahun lalu dan terkenal dengan bumbung jerami.

Bomba masih menyiasat kerosakan yang berlaku. – MalaysiaGazette

d81cd2e044ebe85cec7af5c348a24d31?s=150&d=mp&r=g
+ posts