LONDON – Penyerang Tottenham Hotspur, Son Heung-min menangis selepas terlibat dalam insiden yang menyaksikan pemain Everton, Andre Gomes mengalami kecederaan teruk semalam.
Son dilayangkan kad merah selepas Gomez yang jatuh kelihatan mengalami kecederaan teruk pada betis kanan.
Son kelihatah kebinggungan walaupun pengrusnya, Mauricio Pochettino berkata, keputusan buang padang adalah ‘tidak adil’, pandangan yang selari dengan kebanyakan bekas pemain dan pengulas sukan.
Dele Alli yang membuka jaringan pada minit ke-63 untuk Spurs pada perlawanan yang berkesudahan 1-1 di Goodison Park berkata, Son tidak dapat ditenangkan
“Sonny (Son) terlalu sedih dan menangis. Ia bukan salahnya. Son adalah salah seorang insan yang baik yang pernah anda jumpa. Dia tidak boleh mengangkat kepalanya, dia terlalu banyak menangis,” kata Alli kepada Sky Sports seperti dipetik Reuters.
Ia merupakan situasi yang mengelirukan apabila cubaan Son untuk menjatuhkan Gomes dengan sentuhan yang minimal namun pemain tengah Portugal itu tidak dapat mengimbangi dirinya.
Pada awal, pengadil, Martin Atkinson melayangkan kad kuning tetapi selepas menggunakan Video Bantuan Pengadil (VAR), kad merah dilayangkan kepada pemain itu.
Kenyataan Liga Perdana berkata: “Kad merah diberikan kepada Son kerana membahayakan keselamatan seorang pemain disebabkan cabaran awal,”.
“Keputusan yang memeranjatkan untuk mengarahkan Son keluar padang tetapi ia tidak membawa apa-apa erti,” kata bekas penyerang Liverpool dan England, Micheal Owen.
“Jelas Son amat sedih. Tanpa kecederaan dia mungkin tidak dilayangkan kad merah,” tambah bekas pemain Everton dan Spurs, Gary Lineker yang turut membidas penggunaan VAR.
Pochettino berkata, beliau bersimpati dengan Gomez dan pemain Everton telah pergi ke bilik persalinan untuk mententeramkan Son
“Saya rasa hati Son luluh kerana situasi itu. Saya mahu mengiucapkan cepat sembuh kepada Gomes. Kini yang penting ialah dia sembuh dengan baik,”. katanya
Everton belum mengesahkan tahap kecederaan pemain itu walaupun Marci Silvaa berkata, pemain tersebut terus pergi ke hospital selepas diusung keluar padang.
“Ia adalah masa yang buruk kepada kami sebagai satu kumpulan dan sebagai satu pasukan. Ia lebih daripada permainan bola sepak, ia adalah paling penting ketika ini,” katanya.
Kecederaan Gomes bukan hanya menjadi tumpuan kepada penggunaan VAR da ia sekali lagi digunakan dalam perlawanan itu.
Sejurus selepas Spurs menjaringkan gol, VAR digunakan bagi menentukan samada Alli menyentuh bola dengan tangan di kawasan penati ketika pemain itu cuba untuk mengeluarkan bola hantaran silang pemain Everton, Yerry Mina.
Walaupun rakaman ulang tayang menunjukkan sepakan penalti sepatutnya diberikan, rujukan kepada VAR yang mengambil masa selama tiga minit memutuskan sebaliknya.
Marci Silva berkata, beliau ‘100 peratus pasti apa yang berlaku’ selepas menonton tayangan ulang yang disiarkan VAR itu.
“Saya tidak tahu mengapa mereka perlukan dua atau tiga minit dan kemudian memutuskan apa yang mereka ambil keputusan,” katanya.
Pochettino menambah: (VAR) sepatutnya membantu pengadil tetapi ia mewujudkan lebih banyak kekeliruan,”. – Agensi