TERKINI : Langgar Gagasan Sejahtera “PAS Akan Kaji BERJASA” – Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Disebabkan Presiden Barisan Jemaah Islamiah Malaysia (Berjasa), Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz bertindak bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, maka Pas akan mengkaji semula kerjasama parti dalam Gagasan Sejahtera.

Menurut Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ia berikutan melanggar keputusan yang dicapai oleh parti itu untuk tidak meletakkan calon dan menyokong calon MCA, Datuk Dr Wee Jeck Seng.

“Kita tidak setuju dia (Presiden Berjasa) bertanding.

“Itu terpulang kepada dia (untuk bertanding). Dan kita tidak setuju dia bertanding.

“Kerjasama dengan Berjasa, itu kita akan kaji dari masa ke semasa,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.